pening pala memikirkan tulisan yang sangat buruk ni...."aduhhh, macam mana ni, silap hari bulan yang dapat A boleh tukar B ni...."pelan-pelan aku pon chek balik tulisan, kot-kot la ada yang xleh dibaca oleh pak ustaz karang. memandangkan masa pon dah habis,announce pon sudah, aku dengan sedikit tekanan (sikit je) baca balik dan perbetul yang mana yang xbape nak nampak perkataannya.tengah duk khusyu' ni, ada la plak kawan sebelah panggil, ingat nak tanya jawapan, aku pon rasa nak tolong la jugak sekali aku pusing dia pon kata"hure,mereka!!!merdeka!!!"....sakit hati tol,aku mana merdeka lagi ,chek pon xhabis lagi, jgn la duk kacau, sekali aku pon pusing la balik tgok kertas jawapan aku, baru nak baca dah diambil oleh sorang ustazah ni.....huwawawa, tulisan aku.....macam nak kata je "bagi la balik, sikit lagi je... lepas tu ambik la nak ambik pon,huhuhuhu"...ape pe pon, aku tetap xleh nak kata, klau kata pon dia tak kan bagi balik punya la,hahahaha.....aku pon redha je la,setakat itu je rezeki aku....
best ke dah habis exam????emmmm....aku xrasa pon,maybe seronok nye dah boleh balik kampung cuti panjang...tp bagi aku, aku dah boleh beralih arah ke episod lain, membaca buku-buku yang aku minat dan cari pengalaman baru.....aku suka pengalaman baru sbb aku suka bercerita tentang dunia, aku ingin lihat dunia dan segala isinya, klau sebelum ini aku bekerja di pasar raya , jumpa dengan pelbagai jenis manusia, dari situ aku tahu bahawa sangat ramai manusia yang rosak... tugas para da'i xpernah habis dan terhenti, semakin hari semakin banyak kerja mereka kerna semakin ramai yang rosak, so da'i-da'i tersebut adalah termasuk kita kerna kita bersaksi pada Tuhan yang sama. sama-sama la kita berganding bahu....
habis exam, xbermakna habis kerja membaca n boleh balik kg, seronok-seronok dengan keluarga, aku banyak kerja lagi yg perlu dipikir, sebagai tauke kedai, kena settle akaun, baik pulih kedai, pikir macam mana nak dapat untung dan nak settle masalah barang-barang kedai, satu gelaran dengan 1000 masalah kena hadapi.....aku ingin tabah tapi selalu terkandas, aku nak cuba lagi, mungkin kali ni tahan lama sikit kot....hahahaha, aku xperlu nasihat sape2 untuk aku tinggalkan keje-keje ni, aku cuma perlu sokongan, walaupon berat , aku perlu cuba...mungkin faedahnya aku dapat setelah aku tinggalkan kerja-kerja ni, aku cuma perlu sokongan kerna aku sangat kurang motivasi, ape ape pon niat yang penting, niat....."Ya Tuhanku, ampuni lah dosa-dosaku,bantulah aku, moga aku termasuk dalam golongan yang berkorban untuk agamaMu".....amin.