Dah lama rasanya xmelawat ke sini....sejak akhir2 ni sebuk sangat dan kadang2 aku suka buat2 sebuk....perlu kepada kita agar menyebukkan diri dengan perkara berfaedah. teringat satu kata hikmat seorang azkiya' "jika kita ada masa lapang yg banyak, masa lapang tersebut akan membunuh kita"so apabila kita ada sikit je masa lapang, baru kita rasa nak menghargainya betul2....memandangkan sekarang assaiment yg ada terlalu banyak untuk disiapkan, tambahan lagi kelab bahasa arab akademi pengajian Islam yg baru 'lahir' yg mana memerlukan sedikit pengorbanan dipermulaan ni, dan seperti biasa aku sering tertanya "mcm mana aku boleh jadi ketua kelab ni???!"aku sendiri pon belom mahir dan perlu kepada pengajian yg berterusan sebaliknya ahli2 dibawah aku pula hebat2 orangnya....moga2 Allah sediakan untuk aku hikmah yg besar disebalik ini...dalam pada itu, aku menaruh hajat agar aku diberi peluang oleh Allah Taala untuk aku menjejaki lagi kaki ku di Tanah Arab, aku ingin belajar dalam suasana yg aku rasa diri ini terasing yg menuntut pengorbanan yang besar untuk itu, aku harap jalan yg bakal ku lalui walaupon sesukar mana sekalipon tercalit bahagia didalamnya, amin...pengembaraan ku di bumi ambiya' tidak sia2,banyak benda yg aku praktik kan....salah satu yg paling aku xsangka adalah aku berada si sof yg paling hadapan sekali semasa di dalam kelas atau di dalam kuliah. jika sebelom ini, paling berani pon aku cuma berada di sof yg kedua hadapan. bg aku itulah tempat paling sesuai untuk mengelak apabila disuruh membaca(bahasa arab, malu klau salah baris) atau sebagainya...bila di Oman aku belajar macam2, bukan sekadar bahasa tetapi lebih daripada itu. bila di sana mula2nya sikap aku begitu berada di sof yg kedua pada hari pertama di dalam kelas, apabila hari kedua tempat penuh yg tinggal hanya dibelakang, sungguh seksa belajar jika berada dibelakang sekali, untuk esok nya,aku cuba2 duduk di depan sekali,wah....agak letih kerna terpaksa memberi sepenuh perhatian tetapi aku berasa amat puas kerna aku tahu apa yg aku dapat hari itu, dan untuk hari-hari yg seterusnya aku terus berada dihadapan dan terpaksa berebut dengan rakan-rakan kerna semuanya telah sedar bahawa tempat yg paling afdhal itu adalah dihadapan sekali, Subhanallah.....sekembalinya aku di malaysia, macam2 perasaan aku yang ada sedih,bersyukur teramat sangat, gembira n ntah la apa lagi,bersyukur sangat kerna aku dpat lagi tengok keindahan alam. ketika jejaknya kapal terbang yg aku naiki ke bumi aku terasa bhw malaysia sangat cantik,sanagt cantik coz banyak pokok, ada hutan ada air hujan, ada awan, ada angin yg bahagia dan ketenangannya dapat kita rasai, Subhanallah...Allah Maha Berkuasa, berkuasa mencipta pelbagai kejadian yang sanagt berbeza disetiap tempat di atas bumiNya. di sana amat berbeza kerna terdapat banyak bukit- bukit batu yg sebesar gunung jerai di tepi2 jalan, bukan sedikit, hatta di bandar juga seperti itu, ada kedai di atas bukit, ada kedai di bawah bukit, ada juga yang setengah di atas dan setengah dibawah, Masyaallah....banyak penganlaman yg ku perolehi sepanjang berada di sana, sifat memuliakan tetamu sanagt dititik berat sampaikan kekadang aku dan kawan-kawan berasa kitaorang terlalu membebankan pula tetapi itulah hakikatnya, balasan yg besar bg sesiapa yg memuliakan tetamu...ingatlah, tak selama-lamanya kita akan berkorban,